Rancangan Istimewa Di TV3 Sempena Hari Deepavali

PETALING JAYA: Stesen televisyen TV3 bakal menyiarkan beberapa rancangan istimewa sempena Hari Deepavali yang bakal disambut pada 22 Oktober ini.

Program istemewa yang merangkumi bual bicara, filem dan telefilem akan disiarkan untuk tontonan umum bermula 19 hingga 23 Oktober depan.



Antara program tersebut ialah Malaysia Hari Ini Istimewa Deepavali, Wanita Hari Ini Istimewa Deepavali, manakala telefilem hebat seperti Aathma, Maatran, Vaanakam Cikgu dan Putu Piring Vs Putu Mayam.

Telefilem Putu Piring Vs Putu Mayam mengisahkan tentang dua orang peniaga putu piring dan putu mayam iaitu Wafa dan Anjali yang sentiasa mempunyai sikap cemburu antara satu sama lain.

Pelbagai perkara timbul yang menjadikan keadaan menjadi semakin rumit apabila Wafia mengesyaki suaminya Hadi mempunyai hubungan istimewa dengan Anjali.

Telefilem ini akan disiarkan pada 22 Oktober, pukul 9.30 pagi ini dibintangi oleh Jihan Musa, Azhan Rani, Reneetha Veeraja, Subash dan Bodt Sharadee. 

Sementara itu, drama Vaanakam Cikgu yang turut disiarkan pada 22 Oktober, pukul 2 petang pula mengisahkan tentang juruterbang Tentera Udara Malaysia (TUDM) yang terkenang kisah silam.

Sewaktu zaman persekolahannya Mejar Murhty sering dipukul oleh ayahnya yang mabuk, namun dengan bimbingan cikgu Kamal Hassan dia berjaya mengejar cita-cita sebagai juruterbang.

Bagaimanapun hubungan dengan cikgu Kamal terputus selepas dia tamat persekolahan, dia berazam untuk mencari semula dan membalas jasa lelaki itu.

Drama ini dibarisi pelakon Fezrul Khan, Azlee Khairi, Joseph Abraham, Kazar, Malar Meni.

Related

HIBURAN 1635579601711180655

Post a Comment

emo-but-icon

Like and follow us

Hot in week

Recent

Comments

item