Aduan culik pelajar Politeknik Ibrahim Sultan palsu

DUNGUN: Isu berkenaan kes culik seorang pelajar Politeknik dari Johor semalam dipercayai hanya satu laporan palsu.

Menurut hasil siasatan polis, laporan itu hanya satu helah untuk mengelak daripada dikenakan tindakan ekoran kegagalan pelajar berkenaan menghantar satu tugasan di pusat pengajian Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang.

Difahamkan, pelajar berkenaan menaiki bas dari Johor dan tiba di Dungun kira-kira jam 4.30 pagi sebelum cuba menghubungi seorang rakannya melalui aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun, pelajar itu mendakwa dirinya diculik ketika masih dalam bas dalam perjalanan dari Johor ke Dungun.

Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang.

Sebaik tiba di Dungun, pelajar jurusan fesyen semester lima itu dikatakan  menghubungi ibunya melalui telefon bimbit, namun gagal, sebelum ibunya menghubunginya semula dan pelajar terbabit melaporkan dirinya diculik.

Berdasarkan cerita palsu dilaporkan pelajar terbabit, ketika ingin membuka pintu pagar rumah untuk ke Politeknik Sultan Ibrahim Johor, dia dikatakan tidak sedarkan diri.

Dia kemudian sedar semula dalam sebuah lori kotak yang berhenti untuk mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Dungun.

Pelajar ini turut mendakwa diculik tiga lelaki kononnya orang Kelantan berdasarkan dialek percakapan dan salah seorang daripadanya memakai baju T berwarna merah.

Tambah pelajar itu lagi, dalam lori berkenaan turut terdapat tujuh lagi mangsa lain termasuk kanak-kanak lelaki dan perempuan dipercayai akan dibawa ke Kelantan.

Sebaik membuat laporan polis di Balai Polis Dungun kira-kira jam 9.45 pagi semalam, gadis berasal dari Bukit Ampang Permai, Ampang Selangor itu kemudiannya disiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan menerima laporan daripada pelajar berkenaan.

Walaubagaimanapun, laporan siasatan mengesahkan kes penculikan pelajar terbabit hanya cerita rekaan semata-mata.

Related

Bebanan dan kekeliruan pengguna akibat sistem laluan sehala di pusat Bandaraya PJ

PETALING JAYA: Pengenalan  sistem laluan sehala di pusat bandar raya ini sejak Ahad lalu membebankan pengguna jalan raya apabila dikatakan ia agak mengelirukan, membebankan dan menyukarkan urusa...

Cipta Alat Penjimatan Minyak : Penyelidik USM

GEORGE TOWN: Alat penjimatan minyak petrol dan diesel yang mampu mengurangkan penggunaan bahan api itu sehingga 45 peratus berjaya dicipta sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM).&nbs...

Isu Gambar Wanita Malaysia Dengan Ikan Paus Bangkit Kemarahan Negara Australia

PETALING JAYA: Gambar seorang wanita rakyat Malaysia bersama ikan paus yang dipotong kulit oleh nelayan di jeti Tanjung Gemok, dekat Pulau Tioman telah mencetuskan kemarahan di kalangan rakyat Malays...

Post a Comment

emo-but-icon
:noprob:
:smile:
:shy:
:trope:
:sneered:
:happy:
:escort:
:rapt:
:love:
:heart:
:angry:
:hate:
:sad:
:sigh:
:disappointed:
:cry:
:fear:
:surprise:
:unbelieve:
:shit:
:like:
:dislike:
:clap:
:cuff:
:fist:
:ok:
:file:
:link:
:place:
:contact:

Like and follow us

Hot in weekRecentComments

Hot in week

Recent

Comments

item