Rezeki Che Ta ditaja bersalin

Rozita Che Wan menganggap isunya ditaja bagi proses bersalin adalah satu rezeki dari tuhan. Che Ta sangat bersyukur apabila pihak Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri sudi menaja urusan bersalinnya.

“Kami boleh minta apa yang kami nak dan sudah tentu kami mahukan doktor perempuan menguruskan proses bersalin saya nanti,” ujar pelakon jelita itu.

Menurutnya Che Ta juga, Jumaat lalu merupakan kali kedua dia menjalani rawatan di hospital berkenaan malah bukanlah kali pertama menggunakan perkhidmatan di sana. Kedua-dua anak lelakinya, Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16, sebelum ini juga dilahirkan di hospital yang sama. 

Che Ta

“Malah ketika mereka bersunat pun, ia dilakukan di situ juga. Bezanya kali ini saya mendapat tajaan pihak hospital,” katanya menerima tajaan bersalin kelas pertama dari hospital terbabit.

Che Ta yang dijangka sedang menunggu masa bersalin sebenarnya tidak menyangka pihak hospital sudi menaja segala kos bersalin dan rawatan susulan kepadanya.

“Sedikit sebanyak wang perbelanjaan bersalin yang disimpan bolehlah dilaburkan untuk kegunaan membesarkan anak ini nanti,” katanya yang berdebar menanti kelahiran anak pertama hasil perkahwinannya bersama Zain.

Che Ta juga berharap segala urusan melahirkan cahaya matanya yang ketiga dipermudahkan dan berjalan lancar. 

Related

HIBURAN 1349279468914559516

Post a Comment

emo-but-icon

Like and follow us

Hot in week

Recent

Comments

item