Banjir di Nicaragua, 22 terkorban

MANAGUA: Hampir 22 orang terkorban, manakala lebih 32,000 hilang tempat tinggal berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di Managua, ibu negara Nicaragua.

Banjir di Nicaragua, 22 terkorban
HAMPIR 22 orang terkorban, manakala lebih 32,000 hilang tempat tinggal berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di Managua. - Foto BERNAMA

Sembilan daripada mangsa meninggal dunia akibat tebing konkrit runtuh manakala empat lagi dihanyutkan arus deras di pinggir bandar raya berkenaan.

Menurut Jurucakap kerajaan, Rosario Murillo, berkata, lebih 4,544 rumah rosak atau musnah akibat banjir.

Setakat ini seramai 5,630 penduduk diletakkan di pusat pemindahan sementara banjir dengan lebih 17 jabatan kerajaan kini dikerah untuk membantu, terutama dalam mengagihkan makanan. - AFP

Related

LUAR NEGARA 1912925677072946897

Post a Comment

emo-but-icon

Like and follow us

Hot in week

Recent

Comments

item