Ajal kejar kereta api

Sungai Petani- Seorang lelaki warga Thailand maut manakala dua rakan senegaranya parah apabila kereta yang mereka naiki bersama tiga lelaki lain terbabit kemalangan dengan dua kenderaan lain di Jalan Sungai Petani-Alor Setar, berhampiran Bedong, dekat sini, semalam.

Ajal kejar kereta api
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan kemalangan.
Kejadian berlaku jam 6.45 pagi ketika mangsa, Araming Dusong, 34, yang memandu kereta Kia Spectra bersama lima rakannya cuba mengejar masa bagi menaiki kereta api di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Gurun, dekat sini, untuk pulang ke negara mereka.

Namun, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta mangsa hilang kawalan lalu terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung van kilang yang membawa enam penumpang termasuk pemandu sebelum sebuah kereta Proton Saga turut melanggar belakang van berkenaan.

Berikutan itu, mangsa berasal dari Kampung Yarong, Pattani, Selatan Thailand bersama dua rakannya tersepit di dalam kereta yang remuk, manakala 10 mangsa lain cedera ringan.

Menurut sumber, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan bagi mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini.

Related

BERITA SEMASA 7435639433336474752

Post a Comment

emo-but-icon

Like and follow us

Hot in week

Recent

Comments

item