Pengantin lelaki maut 3 jam lepas kahwin

Ohio (Amerika Syarikat)- Seorang pengantin lelaki terbunuh pada hari perkahwinannya selepas lori pikap yang membawanya terbabas.

Andrew Bloomfield, 27, dan rakannya Elizabeth Shelton, 26, maut dalam kejadian berkenaan manakala isterinya Bloomfield, Ruth Driskill, 37, dan pemandu, Timothy Tebbe, parah.

Jelas Syerif Michael R Hetzel, pemandunya berkemungkinan mabuk ketika kejadian namun perkara itu masih belum dapat disahkan.

Pengantin lelaki mati 3 jam lepas kahwin
KEADAAN pikap yang dinaiki Bloomfield selepas kemalangan.
Menurutnya lagi, empat rakan berkenaan dalam perjalanan ke majlis resepsi sempena perkahwinan itu tidak jauh dari rumah Tebbe.

Malangnya, Tebbe hilang kawalan kenderaannya dan terbabas sebelum melanggar tebing jalan serta tiang telefon dan bergolek beberapa kali.

Menurut penyiasat, semua mangsa didapati tidak menggunakan tali pinggang keledar.

Ruth dan Tebbe terpaksa dikeluarkan daripada kenderaan yang remuk teruk sebelum dibawa ke hospital. Elizabeth mati ditempat kejadian manakala Bloomfield disahkan mati di hospital.

Rakan Bloomfield, Jessica Lehner berkata, kejadian itu berlaku hanya tiga jam selepas majlis perkahwinan dilangsungkan. - Agensi

Related

LUAR NEGARA 9055625625712790799

Post a Comment

emo-but-icon

Like and follow us

Hot in week

Recent

Comments

item