Kes Awie: Mohon Lebih Masa

AMPANG: Permohonan pihak pendakwaan untuk diberikan lebih masa bagi melengkapkan dokumen berhubung laporan forensik kes penyanyi dan pelakon, Awie, diluluskan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman ketika sebutan kes berkenaan semalam dan menetapkan 4 November depan sebagai sebutan semula.

Awie, didakwa mencederakan isterinya Rozana Misbun pada Jun lalu bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan yang dihadapinya pada perbicaraan 4 Julai lalu.

awie

Mengikut pertuduhan, Awie atau nama sebenar Ahmad Azhar Othman, 46, didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Rozana, 36, jam 1.30 petang pada 2 Jun lalu di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Klang.

Sekiranya disabitkan kesalahan, Awie yang diwakili peguam Hazman Harun, bakal berhadapan dengan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda dibawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.


Hasil perkongsian hidup Awie dan Rozana yang bernikah di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005, dikurniakan tiga orang anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Menerusi perkahwinan terdahulu Awie bersama penyanyi Arni Nazira, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12, yang kini tinggal bersama Awie.

Related

HIBURAN 2416928700155669497

Post a Comment

emo-but-icon

Like and follow us

Hot in week

Recent

Comments

item