Petronas tunjang F1 Mercedes AMG

http://beritaharianlive.blogspot.com/2014/10/petronas-tunjang-f1-mercedes-amg.html
Kuala Lumpur: Kejayaan pasukan Formula 1 Mercedes AMG PETRONAS menjuarai kategori pengeluar musim ini membuktikan perkongsian pintar antara Petronas dengan pasukan itu.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS Tan Sri Shamsul Azhar Abbas berkata, kejayaan itu detik penting yang turut menandakan kejayaan kerjasama antara PETRONAS dengan pasukan berpangkalan di United Kingdom itu. Ucapan tahniah kepada keseluruhan pasukan.
"Ia sememangnya mercu tanda bersejarah buat PETRONAS sebagai rakan teknikal dan pengeluar formula kemenangan bagi kejohanan itu musim ini," katanya dalam kenyataan dikeluarkan PETRONAS, semalam.
Berkongsi pandangan Shamsul Azhar ialah Ketua Mercedes-Benz Motorsport, Toto Wolff yang berkata, syarikat minyak Malaysia itu memainkan peranan penting dalam kejayaan pasukan itu musim ini.
"Cabaran teknikal bagi 2014 ialah berpusat terhadap menyampaikan prestasi paling berkesan sebaik mungkin. Terima kasih kepada komitmen dan kepakaran rakan kita di PETRONAS. Kami membangunkan kuasa hibrid dan kereta lumba hibrid paling kompetitif dalam Formula 1 tahun ini, menjana lebih kuasa dan mencapai keberkesanan lebih berbanding pesaing kami," katanya.
- BERNAMA