Kesan negatif CGT terhadap negara

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal (CGT) akan membawa kepada kesan negatif kepada ekonomi negara terutama bagi negara-negara yang sedang pesat membangun seperti Malaysia.

Pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal (CGT) akan membawa kepada hasil yang lebih kecil berbanding Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah, CGT juga akan menyebabkan pelabur asing lari kerana ia merupakan jenis cukai yang dikenakan ke atas keuntungan modal.

"Kita tidak percayakan CGT kerana kita adalah sebuah negara membangun dan mahu ia menjadi menarik kepada pelaburan langsung asing.

"Lagipun, GST mempunyai liputan lebih meluas, manakala hasil daripada CGT sangat kecil dan tidak mampan," katanya kepada pemberita di luar Dialog Pasca Bajet 2015 di sini.

Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah

Menurut beliau juga, bentuk CGT yang Malaysia ada sekarang ialah cukai keuntungan hartanah, dikenakan bagi membendung aktiviti spekulatif dalam sektor hartanah yang hanya menjana hasil sebanyak RM600 juta.

"Mungkin, di masa depan, apabila kita mencapai status negara maju, dengan pendapatan stabil, kita boleh menimbang CGT. Tetapi bukan sekarang," katanya.

Dalam pada itu, berkenaan senarai penuh barangan yang dikecualikan GST, beliau berkata ia diwartakan pada Isnin dan orang ramai boleh merujuknya di laman web Pejabat Peguam Negara (www.agc.gov.my).

Sementara itu, seorang ahli panel dialog dan pakar ekonomi daripada Bank Dunia, Dr Frederico Gil Sander, menyambut baik langkah kerajaan beralih daripada subsidi tenaga kepada yang lebih bersasar. 

"Subsidi tenaga adalah mahal, regresif dan memberi kesan negatif kepada alam sekitar," katanya.

Related

BERITA SEMASA 8057770976942591723

Post a Comment

emo-but-icon

Like and follow us

Hot in week

Recent

Comments

item