Bumbung jejantas runtuh, 5 cedera

JOHOR BAHRU 12 Okt. - Bumbung sebuah jejantas di Kilometer 12, Lebuh Raya Taman Perling-Pasir Gudang di sini tercabut dan diterbangkan sejauh 50 meter sebelum menghempap beberapa buah kenderaan akibat ribut, hari ini.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, dua lelaki dan tiga wanita mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Bumbung jejantas yang runtuh akibat ribut di Kilometer 12, Lebuh Raya Taman Perling-Pasir Gudang, Johor Bahru, semalam. - BERNAMA

Mangsa kejadian terdiri daripada seorang pemandu lori berusia 50-an, tiga wanita berusia 30-an yang menaiki sebuah kereta Toyota Vios dan seorang lelaki berusia 30-an yang menaiki sebuah kereta Honda Jazz.

Kesemua kenderaan ketika insiden berlaku sedang melalui jalan berkenaan.

Menurut Omera Omar, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, seramai sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 15 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, sebaik sahaja menerima panggilan pukul 4.38 petang.

"Sejurus sampai di tempat kejadian didapati seorang pemandu sebuah lori tersepit setelah bumbung kenderaannya dihempap bumbung jejantas berkenaan. Empat mangsa yang lain diselamatkan oleh orang awam," katanya di sini hari ini.

Omera berkata, pihaknya menamatkan operasi pada pukul 5.55 petang dan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut sedang giat dijalankan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan dijangka selesai malam ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Khamsani Abd. Rahman berkata, sejurus kejadian anggota trafik mengawal lalu lintas dan melencongkan kenderaan ke laluan lain.

"Jejantas tersebut yang terletak di Kilometer 12 di Lebuh Raya Taman Perling-Pasir Gudang itu digunakan oleh pejalan kaki antara Taman Melati dan Taman Kobena di Tampoi di sini," katanya.

Related

BERITA SEMASA 381922378282793406

Post a Comment

emo-but-icon
:noprob:
:smile:
:shy:
:trope:
:sneered:
:happy:
:escort:
:rapt:
:love:
:heart:
:angry:
:hate:
:sad:
:sigh:
:disappointed:
:cry:
:fear:
:surprise:
:unbelieve:
:shit:
:like:
:dislike:
:clap:
:cuff:
:fist:
:ok:
:file:
:link:
:place:
:contact:

Like and follow us

Hot in weekRecentComments

Hot in week

Recent

Comments

item