Pasukan Hoki Malaysia gagal ke final Piala Sultan Johor

JOHOR BHARU: Malaysia gagal untuk mara ke final apabila kalah 3-2 kepada pasukan pilihan, Great Britain pada perlawanan ketiga Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2014 di sini, malam tadi.

Gol pembukaan seawal minit kelima berjaya dijaringkan Benjamin Boon, hasil hantaran lintang Samuel French.

Jaringan tambahan sekali lagi menunjukkan hantaran lintang Samuel French yang sangat menjadi yang akhirnya disudahkan oleh David Goodfield ke dalam gawang Malaysia dengan hanya beza seminit daripada gol pertama.

Malaysia cuba merapatkan jurang gol dengan beberapa cubaan dan hasilnya berjaya selepas seminit melangkah ke separuh masa kedua.

Anak buah Arul Selvaraj, Sufi Ismat Rohulamin berjaya mencuri bola di hadapan gawang gol sebelum menewaskan penjaga gol Harry Gibson.

hoki Piala Sultan Johor

Namun, Great Britain sekali lagi menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-62 dan berjaya disempurnakan oleh Luke Taylor untuk gol mereka yang ketiga.

Muhammad Sharil Shaabah tidak mensia-siakan peluang gol kedua pasukan negara apabila berjaya menyudahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-65.

Perlawanan tamat dengan Great Britain mengungguli kedudukan carta pada kejohanan bawah 21 tahun itu dengan 9 mata manakala Malaysia hanya sekadar di tangga kelima daripada enam pasukan dengan perbezaan cuma satu mata.

Perlawanan sebelum ini menyaksikan antara Australia dan New Zealand yang akhirnya berpihak kepada pasukan hoki dari Australia, 4-3.

Australia kini menghuni tangga kedua dengan tujuh mata manakala New Zealand di tangga keempat dengan satu mata.

Manakala India berjaya membelasah musuh tradisinya Pakistan, 6-0 sekaligus menempatkan pasukan negara berkenaan di tangga ketiga dengan enam mata manakala Pakistan tercorot dengan satu mata.

Related

SUKAN 1314920917105972696

Post a Comment

emo-but-icon

Like and follow us

Hot in week

Recent

Comments

item