Cipta Alat Penjimatan Minyak : Penyelidik USM

![]() |
Rekaan produk yang berasaskan proses elektrolisis dihubung terus ke dalam sistem enjin kereta untuk pembakaran lebih sempurna - GAMBAR HIASAN |
Beliau berkata penyelidikan untuk menghasilkan alat yang dikenali sebagai 'bahan api kapasitor' itu mengambil 10 bulan untuk disiapkan dengan dibiayai geran penyelidikan berjumlah RM40,000.
Menurutnya lagi, penggunaan alat itu bagi perjalanan 20,000 kilometer setahun dianggar dapat menjimatkan perbelanjaan sehingga RM1,300 berdasarkan harga minyak semasa.
"Alat ini turut mengurangkan pembebasan asap dan gas tidak dikehendaki seperti karbon dioksida serta karbon monoksida sekali gus mengurangkan pencemaran udara dan alat itu sesuai dipasang pada lori, kereta dan motosikal dengan kos RM350 dan jangka hayatnya boleh bertahan sehingga tiga tahun.
Beliau berkata prototaip alat itu kini dalam proses penjenamaan dan pihaknya bersedia bekerjasama dengan industri yang berminat untuk mengkomersialkan produk itu dengan harga kompetitif. - BERNAMA