OKU maut jatuh dari tingkat 13

Georgetown: Seorang remaja Orang Kurang Upaya (OKU) meninggal dunia ditempat kejadian selepas dipercayai terjun daripada tingkat 13 di sebuah pangsapuri Jalan Bukit Dumbar di sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 4 petang, mangsa, Mohamad Huzaimi bin Shaari, 14, dipercayai memanjat kerusi di balkoni rumahnya sebelum terjun.

MAYAT remaja OKU yang dipercayai terjun dari tingkat 13. - Foto BERNAMA

Jurucakap polis berkata, mayat mangsa ditemui di kawasan laluan kenderaan di tingkat dua dalam keadaan parah.

"Mangsa yang juga anak bongsu daripada tiga beradik ditemui berpakaian lengkap dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

"Siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersama neneknya manakala ibunya ditahan di wad Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat angin ahmar manakala bapanya sudah meninggal dunia.

"Mangsa merupakan seorang yang hiperaktif dan mayatnya dihantar ke HPP untuk bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.

Justeru itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Related

BERITA SEMASA 8708907797639728475

Post a Comment

emo-but-icon

Like and follow us

Hot in week

Recent

Comments

item