Awas serangan jantung seawal usia 15 tahun

Datuk Dr Rosli Mohd Ali, Presiden Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia, memberitahu berkenaan serangan jantung yang membawa kepada maut boleh menyerang golongan muda seawal umur 15 tahun termasuk para atlet.

Selain faktor pemakanan, cara mereka bekerja dan faktor genetik turut menjadi punca kepada serangan jantung seawal usia remaja itu.

sakit jantung
Gambar sekadar hiasan
"Tidak semestinya orang yang aktif seperti atlet tidak terkena serangan jantung kerana penyakit itu boleh menyerang berdasarkan faktor risiko termasuk mempunyai penyakit kencing manis, perokok, kolestrol tinggi, kegemukan dan sejarah keluarga.

"Atlet juga disyorkan membuat pemeriksaan dan penjagaan kerana kita sekarang ini ada kes mereka yang sedang bermain golf, bersenam, tiba-tiba meninggal dunia disebabkan serangan jantung," katanya.

Katanya berdasarkan kajian Daftar Penyakit Kardiovaskular Kebangsaan 2009, serangan jantung di Malaysia secara purata dikenal pasti dialami mereka berusia 59 tahun.

Beliau berkata, ia bermakna rakyat di negara ini dikategori `mati muda' iaitu sebelum mereka berpencen.

Bagaiamanapun, ada kalangan mangsa serangan jantung ini berusia dalam lingkungan 15 hingga 35 tahun yang akhirnya membawa kepada  kematian secara mengejut. 

Katanya, lebih membimbangkan 40 peratus daripada orang yang diserang penyakit jantung di negara ini tidak tahu mereka menghidap penyakit berkenaan.

"Dua puluh tujuh peratus kematian di hospital di negara ini disebabkan penyakit jantung, malah kematian mengejut dalam kalangan orang muda diakui adalah trend baharu dan perlu ditangani," katanya.

Related

Teratai Gergasi Menarik Untuk Dibaca

Teratai gergasi ini mempunyai ciri-ciri yang sangat menakjubkan.Teratai ini mampu membesar secara keseluruhannya sehingga tiga meter lebar bulatan daunnya dan di hujung daunnya berlipat bagi mengelakk...

Bunga Mayat Tergolong Dalam 20 Bunga Pelik Di Dunia

Bunga Mayat Ia tidaklah cantik dan menarik bila dipandang, tetapi bunga ini adalah antara spesies bunga yang terpelik di dunia, bunga ini dikenali sebagai bunga mayat kerana memepunyai bau yang seak...

Lelaki Di Texas Belanjakan $2.2 Juta USD Bina Kolam Renang

Musim panas di Texas jelas terasa bahangnya bagi penduduk di sana.Seorang lelaki dikenali sebagai Hal Jones dari Austin telah menemui satu cara yang sangat luar biasa untuk sentiasa kekal sejuk pada s...

Post a Comment

emo-but-icon
:noprob:
:smile:
:shy:
:trope:
:sneered:
:happy:
:escort:
:rapt:
:love:
:heart:
:angry:
:hate:
:sad:
:sigh:
:disappointed:
:cry:
:fear:
:surprise:
:unbelieve:
:shit:
:like:
:dislike:
:clap:
:cuff:
:fist:
:ok:
:file:
:link:
:place:
:contact:

Like and follow us

Hot in weekRecentComments

Hot in week

Recent

Comments

item