Minyak naik lagi!

http://beritaharianlive.blogspot.com/2014/10/minyak-naik-lagi.html
Hampir keseluruhan stesyen minyak di Malaysia dibanjiri ekoran kenaikan harga minyak.
Pelbagai reaksi rakyat dapat dilihat apabila diumumkan kenaikan harga sebanyak 20 sen.
Menerusi akhbar Sinar Harian ada menyatakan luahan perasaan sesetengah rakyat.
"Terima kasih Najib! 20 sen," demikian antara reaksi spontan rakyat.
Lewat petang semalam, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa jam 12.01 pagi, 2 Oktober.
Harga runcit baharu bagi petrol RON95 kini menjadi RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.
![]() |
Sebilangan besar rakyat keluar untuk mengisi minyak - FOTO NSTP |