Banjir kilat dan tanah runtuh di Kuala Lumpur

http://beritaharianlive.blogspot.com/2014/10/banjir-kilat-dan-tanah-runtuh-di-kuala.html
KUALA LUMPUR: Ibu negara petang semalam dilanda hujan lebat selama sejam telah menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat dan insiden tanah runtuh yang menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk, ketika warga kota ingin pulang daripada bekerja.
![]() |
Puluhan kenderaan di tenggelami air selepas KL di landa banjir kilat |
Menurut, Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif ketika dihubungi Bernama berkata kawasan Jalan Raja Chulan dan sekitar Dang Wangi di sini dilanda banjir kilat dengan kawasan berkenaan ditenggelami air sedalam setengah meter.
Katanya kejadian tanah runtuh juga berlaku pada 5.50 petang di hadapan Kondo Sri Putra Mas, di Jalan Duta Mas di sini yang menutupi separuh jalan, bagaimanapun tiada mangsa terperangkap dalam kejadian itu.
Samsol berkata pihak bomba telah menghubungi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mendapatkan bantuan jentolak bagi membersihkan tanah runtuh tersebut.
Katanya terdapat juga kejadian pokok tumbang menghempap empat buah kenderaan berdekatan Balai Polis Sentul, di Jalan Ipoh, di sini. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
Sementara itu, warga media sosial turut kongsi gambar situasi banjir di Kuala Lumpur petang tadi: