Lelaki kutuk Perdana Menteri ditahan polis

Polis menahan seorang lelaki kerana meletakkan selipar di poster yang memaparkan wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengadakan demonstrasi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, lelaki berusia 58 tahun itu ditahan pada Sabtu lalu dan dibebaskan dengan jaminan pada hari yang sama.

"Ini adalah kali kedua dia ditahan kerana melakukan kesalahan tersebut. Kami menerima laporan polis terhadapnya pada Sabtu mendakwa lelaki itu meletakkan seliparnya pada poster yang memaparkan wajah Perdana Menteri," kata Munusamy.

Lelaki kutuk Perdana Menteri ditahan polis

Lelaki tersebut disiasat dibawah Seksyen 504 dan 506 Kanun Keseksaan kerana berniat mengugat keharmonian dan melakukan kesalahan jenayah.

Perbuatan terkutuk lelaki itu dirakam pada 8 Oktober lalu ketika mengadakan demonstrasi  di hadapan bangunan Parlimen yang membantah kenaikan harga petrol RON95 dan diesel selain pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tahun depan.

Related

BERITA SEMASA 345787971268938728

Post a Comment

emo-but-icon

Like and follow us

Hot in week

Recent

Comments

item