Cinta baharu Chacha Maembong

Chacha Maembong, adik kepada Emma Maembong dikhabarkan menjadi gadis rebutan ramai jejaka, malah tidak dinafikan ada sesetengah pihak yang berani menyatakan cinta melalui laman sosial.

Namun, Chacha menjelaskan keadaan tersebut hanya sepupunya mungkin kerana ada yang melihat ayat-ayat yang digunakan sepupunya itu seperti menggambarkan mereka sebenarnya dalam hubungan walhal langsung tidak.

Chacha mengakui dirinya memang sedang mengenali seseorang, namun belum masanya untuk dia membawa temannya itu mengenali ayahnya dan mendedahkannya secara terbuka. Menurut Chacha buat masa ini dia lebih selesa untuk memberi ruang buat hubungannya dahulu.

chacha maembong

"“Ya memang benar, sekarang ini saya sedang berkenalan dengan seseorang, baru dua bulan berkenalan dan hubungan ini masih lagi sangat baru.

“Saya tidak mahu terlalu bercerita tentang ini hal ini kerana apa-apa sahaja boleh terjadi. Memang selalunya saya akan membawa teman saya bertemu ayah tetapi dalam hal ini perkenalan kami masih lagi terlalu baru, jadi kenalah tunggu dahulu," katanya.

Sebelum ini Chacha turut dikaitkan dengan seorang peserta Akademi Fantasia 2014, Ikhwal Hafiz. Jelasnya, dia dan Ikhwal sekarang tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan, namun tetap berharap kejayaan buat Ikhwal dalam pertandingan tersebut.

“"Kami memang tidak ada apa-apa, tetapi saya harapkan dia memperoleh kejayaan dalam AF.

“Saya percaya dia memang seorang yang berbakat," katanya.

Dalam pada itu, Chacha mejelaskan buat masa ini ahli keluarganya agak sibuk menguruskan majlis perkahwinan Yaya Maembong yang juga kakak kepada Chacha dan Emma kerana Yaya bakal melangsungkan perkahwinannya dengan pelakon Wan Raja pada bulan hadapan.

"“Memang kami adik-beradik agak sibuk buat masa ini memandangkan kakak saya Yaya bakal berkahwin pada bulan November ini.

Chacha juga menyatakan orang ramai sibuk memberi perhatian kepada percintaan kakaknya, pelakon Emma Maembong dan pengacara Zizan Razak tetapi orang lain pula yang bakal berkahwin dulu.

“Bila majlis Emma saya tidak tahu, tetapi katanya tahun hadapan. Tidak akan ada majlis perkahwinan serentak antara dia dan Yaya," katanya ketawa.





Related

HIBURAN 6323701703372208756

Post a Comment

emo-but-icon

Like and follow us

Hot in week

Recent

Comments

item