Garuda Indonesia tempah 50 pesawat baharu

JAKARTA 14 Okt. - Garuda Indonesia, Syarikat penerbangan nasional Indonesia menempah 50 buah pesawat yang keseluruhannya bernilai AS$5 bilion (RM16.3 bilion) sebagai langkah untuk memenuhi permintaan penumpang di Asia yang semakin meningkat.

- Gambar hiasan
Wakil pengeluar pesawat berkata, syrikat penerbangan itu, menempah 46 buah pesawat baharu jenis Boeing 737 MAX 8 jet dan menukar tempahan sedia ada untuk empat buah Boeing 737-800s kepada 737 MAX 8s.

Pada awal tempahan pembelian yang dilakukan itu bernilai AS$5 bilion namun syarikat penerbangan tersebut mendapat potongan harga yang banyak ekoran tempahan besar yang dilakukan mereka.

“Pesanan pesawat itu bagi meneruskan komitmen kami untuk menawarkan kepada penduduk di Indonesia dan Selatan Asia penerbangan yang paling selesa dan efisyen di rantau ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Garuda Indonesia, Emirsyah Satar. - BERNAMA

Related

LUAR NEGARA 4029913558999188933

Post a Comment

emo-but-icon

Like and follow us

Hot in week

Recent

Comments

item