Jumlah Terkini Korban Gunung Ontake Jepun 53 Orang

TOKYO: Pasukan penyelamat pada Selasa yang lalu telah menemui dua mayat lagi di bawah timbunan abu gunung berapi di tengah negara ini menjadikan jumlah korban Gunung Berapi Ontake kepada 53 orang. Laporan sebelum ini "Letusan gunung berapi di Jepun lebih 30 dikhuatiri maut".

Gambar letusan Gunung Berapi Ontake ini telah dirakam di puncak pada 27 September lalu oleh pendaki berusia 59 tahun, Izumi Noguchi yang kemudiannya menjadi mangsa kepada letusan tersebut. Gambar ini yang diperolehi daripada cip memori kamera Noguchi kemudiannya telah dicetak oleh isteri mangsa, Hiromi, untuk diedarkan kepada media massa pada 3 Oktober baru-baru ini.

Menurut laporan agensi berita antarabangsa AFP, 12 orang pendaki lagi masih diklasifikasikan sebagai 'hilang' dan nasib mereka tidak diketahui sewaktu berita ini ditulis.

Gunung berapi tersebut yang terletak di wilayah Nagano di tengah Jepun, mula meletus tanpa tanda-tanda amaran awal pada 27 September lalu ketika ramai pendaki sedang mendakinya.

Sejak berlaku letusan yang pertama itu, usaha mencari dan menyelamat telah melibatkan lebih kurang seribu anggota polis, askar, jabatan pertahanan awam, bomba dan pasukan penyelamat yang lain.

Selepas seminggu gunung berapi tersebut meletuskan asap dan debu, ia telah membentuk lapisan lumpur setinggi paras lutut yang menyukarkan lagi pasukan mencari dan menyelamat melaksanakan operasi.

Sebahagian besar mangsa Gunung Ontake setinggi 3,067 meter (10,121 kaki) itu mati ketika mereka sedang menikmati makan tengah hari di puncak di bawah panas matahari musim luruh.

Related

LUAR NEGARA 6868917697781379342

Post a Comment

emo-but-icon
:noprob:
:smile:
:shy:
:trope:
:sneered:
:happy:
:escort:
:rapt:
:love:
:heart:
:angry:
:hate:
:sad:
:sigh:
:disappointed:
:cry:
:fear:
:surprise:
:unbelieve:
:shit:
:like:
:dislike:
:clap:
:cuff:
:fist:
:ok:
:file:
:link:
:place:
:contact:

Like and follow us

Hot in weekRecentComments

Hot in week

Recent

Comments

item