Bilangan kuota haji kemungkinan bertambah tahun depan

SEPANG: Kuota jemaah haji untuk seluruh negara termasuk Malaysia berkemungkinan bertambah tahun depan jika pembangunan dan naik taraf infrastruktur sekitar Masjidil Haram siap sebelum penghujung tahun 2015.

Menurut kenyataan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada sidang akhbar semalam, kerajaan Arab Saudi juga bersedia untuk meningkatkan kuota haji dengan melihat pembesaran kawasan menunaikan ibadah haji di sekitar Masjidil Haram.

jamil khir baharom

Sebelum ini, Pengerusi Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, Malaysia akan terus membuat rayuan kepada kerajaan Arab Saudi berhubung kemasukan jemaah ke Mekah.

Ia akibat pengurangan kuota 20 peratus kemasukan jemaah Haji dari Malaysia di mana ia dikurangkan kepada 22,400 berbanding 28,000 pada tahun sebelumnya.

Lembaga Tabung Haji menjelaskan pengurangan kuota itu dibuat berikutan arahan terbaharu kerajaan Arab Saudi.

Namun perkara itu dapat diselesaikan secara baik memandangkan Malaysia mempunyai reputasi dan rekod yang baik sepanjang proses pengurusan jemaah Haji.

Sehingga kini, lebih 1 juta orang berada dalam senarai menunggu untuk menunaikan haji berikutan pemilihan bakal haji setiap tahun adalah berdasarkan proses pendaftaran mengikut tarikh dan masa daftar haji.

Related

BERITA SEMASA 4271756960095750014

Post a Comment

emo-but-icon
:noprob:
:smile:
:shy:
:trope:
:sneered:
:happy:
:escort:
:rapt:
:love:
:heart:
:angry:
:hate:
:sad:
:sigh:
:disappointed:
:cry:
:fear:
:surprise:
:unbelieve:
:shit:
:like:
:dislike:
:clap:
:cuff:
:fist:
:ok:
:file:
:link:
:place:
:contact:

Like and follow us

Hot in weekRecentComments

Hot in week

Recent

Comments

item