Bot tempur CB204 dijangka tiba di Kota Kinabalu tengah hari ini

KOTA KINABALU: Bot tempur CB204 yang ditemui petang Isnin yang lepas setelah dilaporkan hilang lebih 30 jam di Perairan Mengalum, Sabah dijangka tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini pada 1 tengah hari ini.

Perkara itu telah dimaklumkan pihak TLDM kepada media pada pagi ini.

Semalam, Penglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Datuk Mohammad Rosland Omar berkata operasi penundaan bot itu yang bermula 10 malam pada Isnin kini dilaksanakan KD Ganas yang menggantikan KD Paus dan diiringi KD Lekiu.

Tujuh anak kapal bot itu terdiri daripada Lt Azri Bakar, BK PAP Charles Cristopher Muni, BM TMK Ince anak Ewin, BM TMK Steven Hudson anak Miso, BM JTP Nor Azuan Ariffin, LK KOM Sulhajji Daah dan LK I PAP Azhry Maani.

Bot tempur CB204 yang berjaya ditemui petang Isnin setelah dilaporkan hilang lebih 30 jam di Perairan Mengalum, Sabah. - Foto BERNAMA

Dua daripada mereka iaitu Charles Cristopher dan Steven Hudson telah diterbangkan ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu yang mengalami masalah kesihatan dengan pesawat Super Lynx kira-kira pukul 6.13 petang semalam.

Charles dilaporkan mengalami sakit perut (gastrik) manakala Steven terkena renjatan elektrik dan menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu.

Related

PILIHAN EDITOR 7408411074376043140

Post a Comment

emo-but-icon

Like and follow us

Hot in week

Recent

Comments

item