Nahas Bidor: Wanita maut, 5 kanak-kanak cedera

http://beritaharianlive.blogspot.com/2014/10/nahas-bidor-wanita-maut-5-kanak-kanak.html
IPOH: Kemalangan melibatkan treler dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 367 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala selatan, dekat Bidor, awal pagi tadi meragut nyawa seorang wanita dan enam lagi cedera termasuk lima kanak-kanak.
Kenderaan pelbagai guna (MPV) mereka naiki dipercayai merempuh belakang treler berkenaan menyebabkan mangsa Wan Markiyah Wan Hamid, 35, meninggal dunia.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bidor, Nasir Mohd Noor, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.04 pagi dan sebaik tiba di lokasi kejadian mendapati wanita berkenaan yang juga penumpang MPV sudah meninggal dunia.
"Enam lagi yang cedera sudah dihantar ke hospital berdekatan oleh orang awam," katanya.