10 Makanan Malaysia Paling Menggemukkan!

10 Makanan Malaysia Paling Menggemukkan! | Tulisan ini mungkin sesuai untuk mereka yang sedang diet, namun makanan berlemak yang menjadi faktor kegemukan haruslah dielakkan bagi membantu proses penurunan berat badan. Namun semua yang dipaparkan telah menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia.

1. ROTI CANAI

Makanan Malaysia Paling Menggemukkan
Sekeping 300kcal tanpa kuah. Kalau 2 keping dah 600kcal. Ia mudah, cepat, murah, sedap namun ianya bukan pilihan yang sihat.

2. GORENG PISANG

Makanan Malaysia Paling Menggemukkan
Berminyak! 1x pisang goreng = 90kcal atau lebih (bergantung kepada saiz).

3. DONUTS

Makanan Malaysia Paling Menggemukkan
Trend makan donut ini semakin menjadi di Malaysia. Memang lazat dan cepat nak makan. 1x donut biasa = 200kcal. Kalau promosi “beli 5, percuma 1″ dah 1200kcal.

4. MINUMAN BERGULA

Makanan Malaysia Paling Menggemukkan
Masalah minuman bergula? 1g gula = 4kcal dan ia kandungan utama kebanyakkan minuman-minuman di Malaysia. 1tin minuman bergula berkarbonat = 150kcal.

5. TEH TARIK

Makanan Malaysia Paling Menggemukkan
1x Teh Tarik mengandungi dalam 90kcal. Tak lah banyak sangat. Namun masalah teh tarik adalah kuantiti pengambilan seharian. Kalau 2-3 cawan setiap hari bersamaan dengan 80,000kcal setahun.

6. KUIH MUIH

Makanan Malaysia Paling Menggemukkan
Seperti kuih-muih negara lain jugak, kuih Melayu penuh dengan gula-gula. Sebagai panduan mudah, anggap sebiji kuih 120kcal.

7. NASI

Makanan Malaysia Paling Menggemukkan
Sebenarnya bukan salah nasi itu sendiri (ia tetap sumber tenaga yang baik) tetapi salah kuantiti pengambilan. Saya sendiri makan nasi putih hari-hari tapi cuma segenggam tangan sekali makan. Jangan lebih. 1 genggam sederhana = 150kcal.

8. LOCAL FAST FOOD A.K.A MAMAK

Makanan Malaysia Paling Menggemukkan
Mamak adalah fast food ala-ala Malaysia dan walaupun ada pilihan yang lebih sihat, nasi goreng, mee goreng, maggi goreng (semua dalam 500-600kcal) bukan sahaja berkalori tinggi tapi kuantitinya pasti lebih segenggam.

9. NASI LEMAK

Makanan Malaysia Paling Menggemukkan
Nasi lemak adalah makanan kegemaran raykat Malaysia tapi disebabkan santan yang berlemak tinggi, nilah kalori nasi lemak sebungkus dalam 350-400kcal. Kalau dengan lauk-lauk seperti di atas mungkin dalam 600kcal.

10. FAST FOOD

Makanan Malaysia Paling Menggemukkan
Fast food memang sedap dan tidak salah makan sekali-sekali tetapi ia berkalori tinggi dan kurang seimbang. Contoh hidangan “Super Size” boleh cecah 900kcal.


Related

MACAM-MACAM 3238670524329607723

Post a Comment

emo-but-icon

Like and follow us

Hot in week

Recent

Comments

item