Wanita sarat mengandung 7 mati digilis

http://beritaharianlive.blogspot.com/2014/09/wanita-sarat-mengandung-7-mati-digilis.html
ALOR SETAR: Seorang wanita yang sarat mengandung tujuh bulan ditemui mati dipercayai digilis kereta api di landasan Alor Merah semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, berkata mangsa dikenali sebagai Ku Nurul Shuhada Ku Rosli, 28 ditemui pada kira-kira jam 10 pagi dalam keadaan sangat menggerikan.
Katanya, mangsa dipercayai mengalami masalah kemurungan kerana dikatakan sering bercakap seorang diri sejak mengandung.
"Berdasarkan maklumat awal kita percaya mangsa maut digilis kereta api.
"Kita juga dapati mangsa mungkin mengalami kemurungan menurut maklumat yang diberikan oleh suaminya," katanya ketika dihubungi di sini.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan jenazah mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.