Budu bakal dieksport ke pasaran antarabangsa

http://beritaharianlive.blogspot.com/2014/09/budu-bakal-dieksport-ke-pasaran.html
Tumpat: “Kami akan eksport budu yang juga makanan tradisional Kelantan ke peringkat pasaran antarabangsa,” kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata, kementeriannya menerusi Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) akan membantu pengusaha budu terkenal negeri ini iaitu Perusahaan Warisan Ketereh mengembangkan perniagaan ke pasaran global termasuk ke Brunei, Singapura dan Dubai.
![]() |
- Gambar sekadar hiasan |
Katanya, jualan syarikat itu mencecah RM10 juta setahun walaupun diusahakan secara sederhana di Kampung Ketil di Pengkalan Kubor, di sini, ini membuktikan produk makanan tempatan sangat berpotensi tinggi serta mempunyai banyak permintaan.
“Kilang budu di Pengkalan Kubor ini yang terbesar di Malaysia dan memperoleh sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Dengan potensi yang ada, kementerian akan membantu syarikat ini mengembangkan perniagaan ke luar negara,” katanya.