Petugas harus tambah baik perkhidmatan : Ketua rombongan haji

MAKKAH: Petugas Tabung Haji (TH) perlu terus meningkatkan perkhidmatan haji dengan idea inovasi bagi memastikan pencapaiannya terus dipertingkat.

Menurut ketua Rombongan Haji, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman,TH kini diiktiraf sebagai badan pengurusan haji yang berjaya menguruskan jemaah haji dengan baik di persada antarabangsa.

"Bukan sahaja mengurus penginapan dan urusan ibadat haji, tetapi juga turut mengadakan kursus bimbingan haji baik di Malaysia dan juga di Tanah Suci, selain mengadakan kemudahan perubatan, kewangan, pengurusan bagasi dan sebagainya," katanya di perhimpunan petugas TH bersama Ketua Rombongan Haji di sini Selasa.

Katanya idea inovasi TH, termasuk pemakaian lanyard berwarna-warni bagi menanda kategori jemaah, iaitu warna oren bagi jemaah yang baru sampai bagi mengelakkan mereka tersasar, diguna pakai oleh Muassasah Asia Tenggara untuk jemaah dari Asia Tenggara, yang dianggarkan melebihi 300,000 jemaah.

"Ini adalah antara amal jariah TH yang dapat dikongsi dengan jemaah haji dari negara lain," katanya.

Petugas harus tambah baik perkhidmatan : Ketua rombongan haji
Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman (dua dari kiri) ketua Rombongan Haji meninjau penempatan jemaah haji Malaysia di Muzdalifah, Makkah pada 17 September lalu. - Foto BERNAMA

Syed Saleh berkata usaha menambah baik pengurusan haji bukan hanya meliputi perkara asas saja, tetapi juga pada perkara khusus termasuk tag berwarna bagasi jemaah haji bagi memastikan tingkat mana bagasi itu perlu dihantar di maktab penginapan.

Menurutnya lagi selain mengadakan bimbingan ibadat oleh pembimbingnya, TH turut menawarkan talian ibadat bagi jemaah haji mendapat maklum balas melalui panggilan telefon.

"TH juga melatih tukang masak Muassasah Asia Tenggara menyediakan makanan Malaysia untuk jemaah haji ketika wukuf di Arafah, mabit di Mudzalifah dan melontar di Mina," katanya.

Syed Saleh berkata segala usaha yang dijalankan oleh TH sejak beroperasi 51 tahun lepas, mendapat perhatian negara luar, termasuk Pakistan, Tunisia, Bosnia, Thailand dan Nigeria.

Beliau berkata selain sibuk memberikan perkhidmatan kepada jemaah haji, petugas TH di Tanah Suci turut diaudit oleh Sirim Bhd dan juga audit dalaman TH bagi memastikan prosedur ISO sentiasa diamalkan.

Syed Saleh berharap petugas haji dapat memberikan perkhidmatan sebaik-baiknya kepada jemaah haji, iaitu tetamu Allah ketika Masyair nanti, atau hari kemuncak haji yang bermula dengan wukuf di Arafah sehingga selesai melontar jamrah di Mina pada 13 Zulhijah.

Menyentuh mengenai jemaah haji, beliau amat bersyukur sehingga kini semua dalam keadaan sihat dan terkawal, terutama daripada strok haba berikutan cuaca panas serta penyakit berjangkit seperti Ebola dan Middle East Respiratory Syndrome Corona Virus (MERS-CoV).

Sementara itu, sebanyak 19,937 daripada 22,320 jemaah haji berada di Tanah Suci berikutan ketibaan dua lagi penerbangan semalam iaitu KT57 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebanyak 448 jemaah dan KT58 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor yang membawa 279 jemaah. - BERNAMA

Related

BERITA SEMASA 4487034478233339316

Post a Comment

emo-but-icon
:noprob:
:smile:
:shy:
:trope:
:sneered:
:happy:
:escort:
:rapt:
:love:
:heart:
:angry:
:hate:
:sad:
:sigh:
:disappointed:
:cry:
:fear:
:surprise:
:unbelieve:
:shit:
:like:
:dislike:
:clap:
:cuff:
:fist:
:ok:
:file:
:link:
:place:
:contact:

Like and follow us

Hot in weekRecentComments

Hot in week

Recent

Comments

item