iPhone 6 Plus mudah bengkok, pengguna merungut

KUALA LUMPUR: Beberapa pengguna iPhone 6 Plus mula merungut dan mendakwa bahawa peranti milik mereka itu telah bengkok, hanya beberapa hari sejak produk terbaharu keluaran Apple itu dilancarkan di pasaran.


iPhone 6 Plus mudah bengkok
iPhone 6 Plus yang dilaporkan mudah bengkok oleh beberapa pengguna - Gambar Fail

Menurut laporan MacRumors, iPhone 6 Plus milik beberapa pengguna bengkok selepas diletakkan di dalam poket seluar mereka.

Salah seorang daripada pengguna telefon bimbit itu berkata ia bengkok selepas beliau membawa telefon itu seharian di dalam poketnya.

“Saya meninggalkan rumah pada pukul 10 pagi dengan iPhone saya di poket depan seluar sebelah kiri.

iPhone 6 Plus mudah bengkok
imej iPhone 6 Plus yang didakwa mudah bengkok - sumber dari youtube

“Saya memandu empat jam ke sebuah majlis perkahwinan, di mana saya duduk lama dan menari untuk dua ke tiga jam. Saya kemudiannya meninggalkan majlis itu pada pukul 2 petang dan memandu pulang selama empat jam lagi.

“Secara keseluruhan, iPhone 6 Plus itu berada selama 18 jam di dalam poket saya, di mana dalam tempoh itu kebanyakkan masa saya habiskan dengan duduk.


“Semasa saya meletakkannya di atas meja, saya terlihat imbasan iPhone itu di cermin yang ia (kelihatan) sedikit bengkok,” kata pengguna itu.

Laporan itu turut berkata bagi mengelakkan peralatan itu daripada mudah bengkok, pengguna digalakkan mengeluarkannya dari poket sebelum duduk atau membongkok.


- SUMBER


Related

TEKNOLOGI 6339199688830290579

Post a Comment

emo-but-icon

Like and follow us

Hot in week

Recent

Comments

item