Pasangan penerjun negara kekal pingat perak

PASANGAN penerjun negara, Wendy Ng Yan Yee dan Cheong Jun Hoong menyumbang perak untuk negara di Sukan Asia ke-17 pada hari permulaan acara yang bertempat di Pusat Akuatik Munhak Parl Tae-hwan, semalam.

Wendy dan Jun Hoong memungut 287.7 mata dalam acara papan anjal seirama 3 meter wanita.

Malaysia hanya mampu mengekalkan rekod pingat perak, sama seperti ketika beraksi di Guangzhou, China pada 2010 semasa Wendy berpasangan dengan Leong Mun Yee dengan pungutan mata 279.9.

Wendy Ng Yan Yee dan Cheong Jun Hoong
Wendy Ng Yan dan Cheong Jun Hoong yang  berjaya meraih perak dalam acara papan annjal seirama 3 meter wanita di Pusat Akuatik Munhak Parl-hwan, semalam.
“Saya tidak begitu berpuas hati dengan terjunan saya kerana kami melakukan dengan lebih baik semasa latihan tetapi saya tetap gembira. Kami harap akan melakukan yang lebih baik lain kali. Di Guangzhou, kami mendapat pingat perak dan kami mendapat yang sama di sini.

“Kami gembira kerana membuatkan Malaysia bangga,” kata Wendy, penerjun berusia 21 tahun kelahiran Kuala Lumpur itu. Pasangan China, Shi Tiangmao dan Wu Minxia mendapat pingat emas dengan pungutan markah 318.6 mata.

Manakala, penerjun Korea Utara, Choe Ungyong dan Kim Jinok mendapat pingat gangsa dengan pungutan 274.32 mata.

Wendy dan Cheong adalah pemegang pingat gangsa dalam Kejohanan Terjun Siri Dunia di Edinburgh dan Moscow April tahun lepas, sebulan selepas mereka memungut pingat gangsa di Grand Prix FINA Amerika Syarikat di Fort Lauderdale.

Related

SUKAN 4767366901189205829

Post a Comment

emo-but-icon
:noprob:
:smile:
:shy:
:trope:
:sneered:
:happy:
:escort:
:rapt:
:love:
:heart:
:angry:
:hate:
:sad:
:sigh:
:disappointed:
:cry:
:fear:
:surprise:
:unbelieve:
:shit:
:like:
:dislike:
:clap:
:cuff:
:fist:
:ok:
:file:
:link:
:place:
:contact:

Like and follow us

Hot in weekRecentComments

Hot in week

Recent

Comments

item