http://beritaharianlive.blogspot.com/2014/09/ana-dahlia-lebih-selesa-berhijab.html
Penampilan terbaru pelakon Ana Dahlia yang kini semakin cantik dengan berhijab membuatkan dirinya lebih tenang. Dia merasakan perubahan itu adalah satu perkara yang sepatutnya dilakukan sejak dulu lagi.
Namun petunjuk yang diterima daripada tuhan menerusi mimpi membuatkan dirinya tekad untuk menjadikan penampilan berhijab sebagai perkara wajib.
Menurut Ana Dahlia, “Saya sudah mula memakai hijab dua minggu sebelum puasa. Pada masa itu ramai wartawan yang ingin interview mengenainya tetapi bagi saya perkara itu tidak perlu dihebahkan.
“Berhijab adalah perkara wajib yang sepatutnya saya lakukan sejak dulu lagi tapi saya tidak melaksanakannya. Mungkin waktu itu hati saya tidak kuat dan mudah rapuh.
“Memang sebelum ini saya ada niat tapi masih lagi tak berhijab sehinggalah saya menerima petunjuk dari Allah menerusi mimpi.
“Saya tidak mahu bercerita mimpi apa yang saya terima cukuplah sekadar beritahu dalam mimpi itu saya berada ketakutan dan terus menangis selepas tersedar dari mimpi. Selepas kejadian itu, saya rasa takut untuk keluar rumah kerana masih berada dalam ketakutan.
“Dulu saya selalu berdoa kepada tuhan agar memberi perubahan kepada dirinya untuk berubah ke arah lebih baik. Namun, tidak rasa apa-apa perubahan yang di rasakan dalam diri tetapi Alhamdullilah mimpi itu telah membuatkan saya sedar dengan segala kealpaan yang saya lakukan sebelum ini,” katanya
Ana yang lebih dikenali menerusi program realiti Pilih Kasih akui pada mulanya takut tidak diterima berlakon selepas berhijab namun dengan kepercayaan kuat dengan rezeki tuhan, dia tetap meneruskan usahanya sebagai anak seni.
“Masa saya mula-mula berhijab, saya dah fikir macam-macam seperti takut susah mendapat tawaran dan ketika itu saya masih ragu dengan keputusan yang saya lakukan. Apa yang saya tetapkan dalam hati adalah rezeki itu di tangan tuhan. Kalau kita pakai macam mana sekali pun, kalau tuhan kata tidak ada rezeki maka itulah takdir kita.
“Bidang
lakonan ini penuh dengan cabaran jadi saya perlu lebih kuat dan tabah dengan segala dugaan yang bakal saya terima,” katanya yang tidak memilih watak tetapi perlu sesuai dengan imejnya yang berhijab.