Nicole Kidman Sedih Kematian Bapa

http://beritaharianlive.blogspot.com/2014/09/nicole-kidman-sedih-kematian-bapa.html
LOS ANGELES: Aktres Nicole Kidman meluahkan rasa sedihnya di atas kematian ayahnya Dr Anthony Kidman pada awal bulan lalu.
Walaubagaimanapun, Nicole mengakui jiwanya semakin kuat selepas mendapat sokongan daripada peminat-peminatnya.
Nicole dan suaminya Keith Urban meluahkan rasa sedih dan berterima kasih kepada peminat atas doa dan semangat yang diberikan menerusi status di laman facebooknya.
“Kami ingin menzahirkan rasa terima kasih atas doa dan sokongan semua terhadap tragedi menyedihkan yang menimpa kami beberapa minggu lalu,” kata mereka.
Dr Kidman dilaporkan meninggal dunia di Singapura pada 12 September lalu di sebuah hotel akibat serangan jantung semasa melawat anak perempuannya, Andrea. Dia yang berasal dari Australia merupakan seorang pakar psikologi, disemadikan di gereja St Francis Xavier di Lavender Bay, Sydney, Australia.