Lelaki Di Texas Belanjakan $2.2 Juta USD Bina Kolam Renang

Musim panas di Texas jelas terasa bahangnya bagi penduduk di sana.Seorang lelaki dikenali sebagai Hal Jones dari Austin telah menemui satu cara yang sangat luar biasa untuk sentiasa kekal sejuk pada setiap masa.

Beliau membelanjakan kira-kira $2.2 juta USD untuk membina empat kolam renang besar yang dibina di belakang kediamannya.Beliau ingin mencipta kelainan untuk membina kolamnya dengan memilih tempat yang strategik iaitu di pinggir tasik Travis,tempat itu paling sesuai kerana setiap tetamunya akan tiba dengan bot.


Apabila beliau telah meneliti lokasi itu,beliau telah mengupah seorang pereka Evan Mills untuk membina empat kolamnya dengan landskap yang menarik dengan reka bentuk yang tersendiri.

"Kami akan membina empat kolam iaitu kolam air panas, kolam untuk kanak-kanak, kolam yang seakan sungai yang airnya mengalir secara perlahan-lahan (Lazy River).dan kolam Edge" kata Jones.
Untuk kolam (Lazy River), ianya dilengkapi dengan sebuah bar di tengah-tengah kolam itu bagi memudahkan pengunjungnya apabila hendak menikmati sebarang minuman kerana tidak perlu keluar dari kolam renang itu dan di kolam inilah dia akan meraikan rakan-rakanya.

Related

MACAM-MACAM 8009585988240435505

Post a Comment

emo-but-icon

Like and follow us

Hot in week

Recent

Comments

item