Taufek cabar Khairy

http://beritaharianlive.blogspot.com/2013/12/taufek-cabar-khairy.html
Kuala Lumpur: "Saya cabar Khairy (Jamaluddin Abu Bakar) untuk membuktikan dakwaannya terhadap Tan Sri Annuar Musa. Dia harus bersedia menjadi saksi bagi pihak FAM sekiranya dipanggil nanti!
cabaran dilaungkan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Taufek Abdul Razak kepada Menteri Belia dan Sukan itu yang mendakwa Annuar membuat kenyataan kepada media berkenaan bola sepak walaupun masih dalam penggantungan.
FAM tidak pernah amal 'double standard', tidak ada peruntukan undang-undang dalam FAM untuk amal perkara itu dan bagi saya kenyataan yang dibuat Khairy hanyalah gimik politik menjelang Perhimpunan Agung UMNO,” Datuk Taufek Abdul Razak, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
“Apabila Khairy mengatakan Annuar yang digantung dua tahun setengah oleh FAM masih memberi kenyataan, itu satu tuduhan berat yang akan mensabitkan Annuar dengan satu lagi pelanggaran peraturan,” kata Taufek kepada BH Sukan semalam.
“Jika benar, saya mahu dia tampil memberi bukti yang jelas tentang pelanggaran ini dan Khairy perlu bersedia untuk dipanggil menjadi saksi bagi pihak FAM bagi mendakwa Annuar.