Pemergian Pilu Paul Walker

paul walker dead

Baru-baru ini dunia perfileman Hollywood dikejutkan dengan pemergian selama-lamanya, aktor Paul Walker yang telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Hercules Street berhampiran Valencia, California, Sabtu lalu.

Walker yang berada ditempat duduk penumpang maut setelah kereta Porsche GT yang dipandu rakannya hilang kawalan dan terbakar selepas merempuh tiang dan pokok.

Walker, 40, yang sudah membintangi lima daripada enam buah filem tentang perlumbaan haram sebelum kemalangan itu sempat menghadiri majlis kutipan dana untuk membantu mangsa ribut Haiyan.

Selepas majlis tersebut selesai, Walker membuat keputusan untuk bersama rakannya bersiar-siar dengan kereta Porsche itu.

Pemandu kenderaan itu juga telah dikenal pasti sebagai salah seorang bekas pelumba, Roger Rodas, 38, yang juga merupakan penasihat kewangan Walker.

Kedua-duanya merupakan sahabat lama dan telah terlibat dalam beberapa siri perlumbaan sebelum Walker melantik Rodas menjadi penasihat kewangannya.

Rodas banyak membantu Walker untuk menubuhkan Reach Out Worldwide Charity selepas Rodas sendiri menubuhkan tabung sumbangan untuk membantu anak yatim dan ibu tunggal di negerinya, El Savador, Amerika Syarikat.

Walker, meninggalkan anak perempuannya yang berusia 15 tahun, Meadow dan salah seorang saksi, Jim Tort yang ketika itu berada di tempat kemalangan, melihat sendiri reaksi anak aktor itu.

"Saya ketika itu nampak apa yang berlaku dan berlari mencari anak Walker tetapi sesuatu yang begitu sayu berlaku didepan mata saya.

"Saya nampak anaknya ketika itu telah melompat pagar dan cuba mengeluarkan ayahnya yang sedang tersepit dalam kecelakaan itu," jelasnya.

Pegawai Forensik, Ed Winters berkata, badan Walker telah mengalami kebakaran yang teruk dan perlu mengambil masa beberapa hari untuk mambuat pengesahan mayat.

Saksi di tempat kejadian juga telah memuat naik video kejadian itu berlaku dan ia satu kemalangan yang sangat dahsyat sekali.

Malah, beberapa saksi yang berada di tempat kejadian juga sempat mengambil alat pemadam api di kereta masing-masing untuk membantu memadamkan kebakaran.

Bintang Fast & Furious

Paul Walker mula dikenali ramai melalui filem Fast & Furious yang memegang watak Brian O'Conner, seorang pegawai polis yang membanteras perlumbaan haram.

Walker dilahirkan di Gelendale, California dan dibesarkan di San Fernando Valley bersama empat lagi orang adik beradiknya.

Penampilannya dalam industri seni bukanlah kerana minatnya terhadap dunia lakonan, sebaliknya adalah untuk membantu keluarganya.

Walker mula membuat penampilan sebagai pelakon di tahun 1980 dengan membawakan watak seorang kanak-kanak.

Selepas itu, Walker memulakan langkah secara serius dalam bidang lakonan pada tahun 1998 menerusi filem berunsur komedi berjudul Meet The Deedles.

Kemudian, Walker menjadi pelakon pembantu menerusi filem Pleasantville, Varsity Blues dan She's All That.

Lakonannya dalam filem bergenre suspen pada tahun 2000 iaitu The Skulls berjaya menambat mata produser, Neal H. Moritz.

Moritz kemudian menawarkan Walker untuk berlakon dalam filem Fast & Furious sebagai pegawai polis Brian O'Conner.

Menurut majalah Vibe, filem berkenaan dengan perlumbaan haram itu mendapat tumpuan ramai penonton tanpa disangka-sangka.

Selepas filem itu diteruskan dengan sekual kedua berjudul 2 Fast 2 Furious, Walker mula diketengahkan menjadi pelakon utama dan Vin Diesel menjadi teraju kedua.

Watak lain yang dibawa Walker termasuklah melalui filem Brokedown Palace, Flags Of Our Fathers dan Hurricane Katrina yang dijangkakan keluar pada bulan Disember.

Walaupun penampilan Walker tidak begitu dikenali melainkan melalui siri Fast & Furious, Walker terus mendapat pujian daripada rakan artisnya kerana kesungguhannya dalam bidang lakonan.

Diterbitkan pada bulan May, Fast & Furious 6, berjaya mengutip kutipan paling tinggi dengan kutipan sebanyak RM 2.3 billion.

Walker sempat memuat naik status terakhirnya di laman twitternya berkenaan filem terbaharu Fast & Furious.

The Boys are back. Will you be ready? #TeamPW #FastFridays status ini dimuat naik pada 30 November, 2013.

Kematian yang disangkal

Tidak sampai beberapa hari selepas kematian Walker tersebar, ada yang mengatakan bahawa Walker sebenarnya masih lagi selamat dan masih hidup.

Beberapa gambar dimuat naik antaranya gambar yang memaparkan mukanya yang terbelah dan mukanya selepas melakukan pembedahan.

Berita yang mengatakan Paul Walker itu hidup benar-benar menarik perhatian. Apatah lagi, dalam masa beberapa hari itu, pegawai forensik belum lagi mengesahkan identiti sebenar mayat.

Namun, tidak sampai sehari, beberapa laman portal hiburan sudah memuat naik berita yang mengatakan bahawa Walker belum mati itu tidak sahih.

Sebaliknya gambar yang dimuat naik itu sebenarnya bukanlah gambar Walker, sebaliknya gambar seorang lagi mangsa yang mengalami kecelakaan di lokasi lain.

Related

LUAR NEGARA 8661386296470867878

Post a Comment

emo-but-icon
:noprob:
:smile:
:shy:
:trope:
:sneered:
:happy:
:escort:
:rapt:
:love:
:heart:
:angry:
:hate:
:sad:
:sigh:
:disappointed:
:cry:
:fear:
:surprise:
:unbelieve:
:shit:
:like:
:dislike:
:clap:
:cuff:
:fist:
:ok:
:file:
:link:
:place:
:contact:

Like and follow us

Hot in weekRecentComments

Hot in week

Recent

Comments

item