Bebanan dan kekeliruan pengguna akibat sistem laluan sehala di pusat Bandaraya PJ

PETALING JAYA: Pengenalan  sistem laluan sehala di pusat bandar raya ini sejak Ahad lalu membebankan pengguna jalan raya apabila dikatakan ia agak mengelirukan, membebankan dan menyukarkan urusan harian mereka.

Mereka turut tidak berpuas hati dengan sistem ang diperkenalkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), kerana jarak yang terpaksa mereka lalui sangat jauh dan menimbulkan kesesakan trafik terutama waktu puncak.

"Jika dulu nak ke PJ Hilton kita ke kiri tapi sekarang ke kanan... lepas itu masa nak balik kena pusing satu pusat bandar, kita kena lalu Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bintang, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) barulah boleh sampai sini.

"Dulu kita pusing dekat saja... sekarang jauh. Kita turunkan orang di PJ Hilton dapat RM3 tapi bila nak balik semula ke sini dah jadi RM7," katanya ketika ditemui semalam.

Menurut sesetengah mereka juga, jarak hanya untuk membuat pusingan balik menjadi lebih jauh walaupun jalan raya lancar.

sistem laluan sehala di pusat Bandaraya PJ

sistem laluan sehala di pusat Bandaraya PJ

Abdul Jalal Khalid, seorang pekerja swata berpendapat bahawa MBPJ perlu memberi penerangan secukupnya terlebih dulu kepada pengguna jalan raya sebelum memperkenalkan sistem laluan baharu itu.

"Mula-mula masa hari pertama, pening juga sebab setiap hari guna jalan lain... bila dah dilencongkan saya rasa agak keliru.

"Saya selalu ikut laluan dari PJ Hilton tapi sekarang perlu buat satu pusingan dari Hotel Armada terus ke Universiti Malaya dan selepas itu barulah ke AmCorp Mall. Saya harap MBPJ beri penerangan secukupnya untuk elak kekeliruan dan kaji semula laluan sehala ini," katanya.

Manakala penyelia bas RapidKL, M Tangga Raju pula menganggap pelaksanaan laluan baharu itu tidak mendatangkan masalah besar kepada perkhidmatan bas di pusat bandar Petaling Jaya.

"Mengikut laluan bagi sektor Asia Jaya hanya empat laluan kena ubah... bila ada perubahan seperti ini pemandu perlu masuk ke Lebuhraya Persekutuan untuk membuat pusingan ke stesen Taman Jaya.

"Pada hari pertama dilaksanakan laluan di sini sesak kerana ramai yang kurang faham tapi pada hari kedua dan ketiga, pemandu sudah faham jadi tak ada masalah kepada laluan bas," katanya.

Related

BERITA SEMASA 1217256196593308843

Post a Comment

emo-but-icon

Like and follow us

Hot in week

Recent

Comments

item