Amyra Rosli tidak kisah digosipkan dengan Shah Jaszle

Amyra Rosli dan Shahrizal Jaszle pernah melalui pengalaman yang sama, bercinta, bertunang dan putus di tengah jalan. Mungkin persamaan itu yang membuka hati mereka untuk menjalinkan hubungan cinta. 

Namun, bolehkah peminat menerima percintaan mereka ini? Maklumlah Amyra baru sahaja putus tunang, sedangkan Shah Jaszle masih berhadapan dengan kes khalwat di mahkamah. Tetapi bak kata pepatah, Kalau sudah jodoh, pasti tidak akan ke mana. Bagaimanapun, percintaan Amyra dan Shah Jaszle bukanlah di alam realiti, sebaliknya hanya sekadar lakonan. 

Amyra Rosli dan Shahrizal Jaszle kini bercinta

Amyra dan Shah Jaszle kini bergandingan sebagai pasangan kekasih dalam drama bersiri 'Kristal Maya' yang ditayangkan di slot Samarinda, TV3. Menurut Amyra, dia tidak takut jika digosipkan dengan Shah Jaszle kerana dia hanya fokus dengan kerja.

"Saya tak takut digosipkan dengan Shah kerana saya hanya fokus dengan kerja. Kami hanya berkomunikasi sewaktu di set penggambaran, di luar tiada pun. Tetapi hubungan kami berlangsung dengan baik," ujar Amyra memulakan perbualan.

Menerusi reaksi peminat di media sosial yang menonton drama lakonan mereka, mereka suka dengan gandingan sepadan antara Shah dan Amyra dalam drama tersebut. Ada juga mahu melihat mereka berpasangan di luar skrin.

Amyra Rosli tidak kisah digosipkan dengan Shah Jaszle

"Mengenai perkara tersebut, itu cuma usikan peminat sahaja. Saya menghormati Shah yang sudah ada kekasih. Kadangkala jika kekasihnya datang melawat Shah di lokasi, saya ada berbual-bual dengan kekasihnya. Saya hormat Shah sebagai kawan dalam industri," kata Amyra yang ditemui di Majlis Sekalung Budi Jalinan Kasih bersama Anak Yatim di Bora Ombak, Ampang pada Jumaat.

Menerusi majlis tersebut, Amyra dan artis-artis lain seperti Shazroul, Elveena Iris, Izzmad dan Taleeb Mizad menghabiskan masa mereka minum petang bersama anak yatim dan menghiburkan mereka pada masa yang sama.

Amyra Rosli tidak kisah digosipkan dengan Shah Jaszle

Dalam perkembangan lain, Amyra baru sahaja selesai menjalani penggambaran telefilem berjudul 'Mr. Istikharah' untuk siaran Cerekarama di TV3. Telefilem arahan Shahrulezad Mohamedin itu menggandingkan Amyra dengan Amar Asyraf, Cristina Suzanne dan Ashraf Muslim.

Amyra juga bakal menjalani penggambaran bagi drama bersiri 'Suamiku Encik Sotong' yang menggandingkan dirinya bersama Sharnaaz Ahmad dan Aeril Zafrel. Drama tersebut bakal bersiaran di Astro Ria.

Related

HIBURAN 1573975399477992559

Post a Comment

emo-but-icon

Like and follow us

Hot in week

Recent

Comments

item