Industri Pembinaan Mengharapkan Penurunan Cukai Import Peralatan Sektor Pembinaan

Kuala Lumpur: Kadar cukai import bagi peralatan diharapkan dapat diturunkan kerajaan dalam bajet 2015 kali ini bagi meningkatkan produktiviti dalam kalangan syarikat.

Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim berkata penggunaan jentera akan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh.

"Cukai import peralatan dan jentera sekarang setinggi 20 hingga 25 peratus dan idealnya kadar itu diturunkan kepada lima peratus," katanya.

industri pembinaan
Industri pembinaan mengharapkan kerajaan menurunkan kadar cukai import.
Menurut Presiden Master Builders Association Malaysia (MBAM), Matthew Tee pula, pengurangan duti import akan meningkatkan produktiviti dan menggalakkan peserta industri melabur dalam jentera dan peralatan berkapasiti tinggi. Jelasnya lagi, langkah itu tidak sama sekali menjejaskan pendapatan kerajaan kerana pengurangan duti import tersebut akan menggalakkan peserta industri membeli lebih banyak jentera.

Dari segi sektor hartanah, pakar ekonomi AllianceDBS Research, Manokaran Mottain berharap kerajaan akan mengumumkan langkah sekatan kredit susulan, bagi mengawal harga hartanah yang tinggi berikutan peningkatan keberhutangan isi rumah.

Memandangkan insentif pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus bagi pembeli rumah pertama sehingga RM400,000 akan tamat pada akhir 2014, Mottain berharap kerajaan akan melanjutkan insentif itu seiring dengan pelbagai langkah perumahan mampu milik yang dilaksana.

Related

BERITA SEMASA 4665261062188760292

Post a Comment

emo-but-icon

Like and follow us

Hot in week

Recent

Comments

item