Siti Saleha dan Sharifah Amani beri kejutan!

Siti Saleha dan Sharifah Amani bakal mengejutkan para peminat mereka kerana kedua-dua aktres ini akan beraksi di pentas teater Asrama-Ra All Stars terbitan Revolution Stage (RS) yang diadakan pada minggu depan.

Selebriti ini sememangnya sudah tidak asing lagi dalam duniaseni tanah air. Selain mereka berdua, pementasan ini juga bakal dibintangi oleh pelakon hebat yang lain seperti Nadiya Nisaa, Dira Abu Zahar, Sherry Al-Hadad, Fynn Jamal, Amerul Affendi,  Intan Nor Saina dan Tuan Faisal.

Siti Saleha yang pernah beraksi dalam satu teater Inggeris (Stage Theraphy) lima tahun lalu sangat teruja dengan penampilan sulungnya versi Bahasa Melayu. Menurutnya, kekangan masa menghalangnya daripada beraksi dalam pementasan teater lagi.

"Saya bersyukur, kali ini masa mengizinkan untuk saya kembali ke pentas teater.

“Saya bernasib baik kerana sepanjang bulan ini, jadual tidak terlalu padat dan tawaran daripada abang Wan (Kharunazwan Rodzy) membuka pintu hati saya untuk menyertai pementasan ini,” ujarnya yang memegang watak sebagai Laili.

Saleha berkata, penyertaannya kali ini untuk mencabar dirinya ke bidang yang lebih berbeza demi mengutip pengalaman.

“Saya lebih sukakan kebebasan teater yang lebih mencabar berbanding filem atau drama.

“Lagipun setiap pelakon perlu lebih versatil dengan mencuba pelbagai bidang berbeza,” ujar pelakon drama Ramadan Jangan Pergi.

amani dan saliha

Sementara itu, pelakon terkenal Sharifah Amani, memegang watak sebagai Ayu tidak menjadi satu masalah dan perkara baharu dalam kariernya sebagai seorang pelakon.

Amani berkata, sejak kecil lagi dia sudah mula berjinak dengan pementasan apatah lagi ibunya, Fatimah Abu Bakar sangat aktif dalam bidang itu.

“Saya rasa teater merupakan medium lebih dekat dengan penonton dan artis-artis lain yang terlibat sama dalam persembahan.

“Bagi saya, teater lebih direct dengan penonton dan hanya ada satu peluang untuk melakukan yang terbaik di atas pentas nanti,” katanya.

Baginya, sebagai pelakon dia mahu mencabar dirinya ke satu tahap lebih baik dan teater adalah platform terbaik.

Dalam masa sama, dia turut memuji kesungguhan produksi ini dalam menjayakan pelbagai pementasan.

“Saya lihat RS merupakan satu-satunya produksi yang tidak pernah putus asa dalam berkarya.

“Mereka juga mengumpulkan golongan muda yang berbakat dalam satu bengkel sehingga berjaya menerbitkan banyak teater yang berkualiti,” ujarnya.

Sementara itu, pengarah dan penulis skrip, Khairunazwan Rodzy berkata, persediaan pementasan itu sudah 70 peratus siap manakala selebihnya, terserah kepada latihan pelakon.

“Hampir dua bulan berlatih, kami jarang dapat mengumpulkan sembilan pelakon dalam satu masa.

“Kadang kala kami menangguhkan sesi latihan apabila pelakon terpaksa menunda latihan mereka,” ujarnya.

Teater Asrama-Ra All Stars bakal dipentaskan di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) pada 16 hingga 19 Oktober ini. Sila layari www.ticketpro.com.my untuk maklumat lanjut.







Related

HIBURAN 1234349438532519946

Post a Comment

emo-but-icon

Like and follow us

Hot in week

Recent

Comments

item