Sari Yanti: Disember depan, bicara kes nusyuz

Perbicaraan kes nusyuz Sari Yanti Mohamad Nazari, 30 yang difailkan oleh suaminya sendiri, Mohd. Edy Casmadi Che Hussain, 34, telah ditetapkan pada tarikh 17 Disember oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling.

Peguam Syarie, Marlina Amir Hamzah yang mewakili Sari Yanti memaklumkan mahkamah pihaknya akan memfailkan afidavit pembelaan kes itu minggu hadapan.

“Ini adalah berikutan terdapat beberapa perkara yang masih dalam perbincangan bersama anak guamnya,” katanya.

sari yanti

Manakala peguam Syarie yang mewakili Mohd Edy turut memaklumkan pihaknya akan memfailkan afidavit jawapan pembelaan pada 4 November.

Pada 8 September lalu, mahkamah menolak bantahan awal Sari Yanti dengan kos RM500.

Pada 25 Februari lalu, Sari Yanti memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2003.

Mohd Edy kemudian memfailkan nusyuz ke atas isterinya pada 7 Mac lalu di bawah Seksyen 60(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2003.

Related

HIBURAN 3414795928009213168

Post a Comment

emo-but-icon

Like and follow us

Hot in week

Recent

Comments

item