PTPTN guna CCRIS bermula tahun depan

http://beritaharianlive.blogspot.com/2014/10/ptptn-guna-ccris-bermula-tahun-depan.html
KUALA LUMPUR: Bermula tahun depan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bakal mengambil tindakan lebih tegas untuk mengutip semula pinjaman dengan menyenaraikan peminjamnya dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).
Menerusi sistem itu yang diwujudkan Bank Negara Malaysia (BNM), peminjam yang mempunyai rekod pembayaran buruk berisiko tidak mendapat kelulusan pinjaman dari semua institusi kewangan, termasuk permohonan pinjaman peribadi, kad kredit, perumahan dan kenderaan.
Menurut sumber, pada peringkat permulaan CCRIS akan dikenakan terhadap lebih 170,000 peminjam tegar PTPTN yang langsung tidak menjelaskan pinjaman berjumlah kira-kira RM1.2 bilion sejak 1998 hingga 2010.