Polis rampas syabu RM2.8j di sebalik perniagaan katering

IPOH: Polis berjaya menumpaskan kegiatan memproses dadah jenis syabu menggunakan makmal mini yang berselindung di sebalik perniagaan katering dan merampas dadah bernilai RM2.76 juta di sebuah banglo di Taman Lim di sini, Ahad lalu.

Perkara itu terbongkar apabila sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak membuat serbuan di premis berkenaan pada Ahad lalu, hasil maklumat orang awam.

Polis rampas syabu RM2.8j di sebalik perniagaan katering
TIMBALAN Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam (dua dari kanan) melihat sebahagian dadah dan peralatan yang dirampas dalam serbuan dengan tertangkapnya dua suspek serta merampas dadah dianggarkan bernilai RM2.76 juta ketika sidang media di IPK Perak, hari ini. - Gambar bernama
Dalam serbuan kira-kira pukul 10.30 pagi itu, pihak polis turut merampas hampir 33 kilogram syabu yang dianggarkan bernilai hampir RM2.8 juta mengikut harga pasaran.

Jumlah syabu berkenaan juga boleh dibekalkan kepada 32,000 penagih.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam, berkata polis turut menahan dua lelaki iaitu pemilik perniagaan katering terbabit yang berusia 42 tahun dan seorang pekerja warga asing berusia 34 tahun untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, sebentar tadi.

Related

BERITA SEMASA 4571479624355300562

Post a Comment

emo-but-icon

Like and follow us

Hot in week

Recent

Comments

item