Pelancong asing maut jatuh gaung

http://beritaharianlive.blogspot.com/2014/10/pelancong-asing-maut-jatuh-gaung.html
LANGKAWI: Seorang pelancong lelaki berbangsa Jerman maut dipercayai setelah jatuh gaung di kawasan pelancongan terkenal, Telaga Tujuh di Pulau Langkawi semalam.
Menurut Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPGB), Yaakob Hassan memberitahu pihak bomba Langkawi telah menerima panggilan dari orang ramai mengenai kejadian tersebut pada jam 3.15 petang tadi.
![]() |
Pelancong asing maut jatuh gaung di Telaga Tujuh |
Sekitar pada jam 3.50 petang, dua buah jentera FRT dan sebuah kenderaan pacuan empat roda Pajero dengan kesemua anggota sejumlah 9 orang yang diketuai oleh PKPGB Yaakob Hassan telah sampai ke lokasi kejadian dan membawa keluar mangsa tersebut.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Besar Langkawi untuk tindakan lanjut.
Menurutnya lagi,sehingga kini nama penuh mangsa masih belum diketahui dan siasatan pihak polis masih lagi dilakukan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.
Ekoran itu, Yaakob Hassan meminta agar pengunjung-pengunjung ke kawasan berbukit Telaga Tujuh agar lebih berhati-hati terutama musim hujan kerana laluan berbatu akan menjadi licin.