Lokasi baharu pencarian MH370 lebih jauh ke selatan

KUALA LUMPUR: Keputusan bagi pencarian di dasar laut bagi pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang sejak tujuh bulan lepas kini bertumpu di kawasan lebih jauh ke selatan iaitu kawasan terpencil dikenali sebagai 'seventh arc' di Lautan Hindi.

Laporan rasmi berhubung butiran analisis itu dikeluarkan hari ini oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), yang menerajui operasi itu setelah analisis terbaru yang dilakukan satu pasukan daripada United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia dan Malaysia.

Menurut laporan itu, lokasi baharu misi pencarian itu ditetapkan selepas memperhalusi data komunikasi satelit dan maklumat panggilan telefon selama 17 minit dari darat ke udara yang tidak dijawab selepas maklumat terakhir diterima daripada radar.

mh370
Lokasi baharu pencarian MH370 lebih jauh ke selatan

"Perkembangan terkini itu memberikan input penting terhadap perancangan ATSB dan hala tuju aktiviti pencarian di dasar laut," katanya.

Laporan itu menyatakan, pemeriksaan dan analisis yang sedang dijalankan terhadap data Satcom dan simulasi "berakhirnya penerbangan" akan diteruskan dan mungkin akan membawa kepada perubahan pengerahan aset bagi misi pencarian.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika merentasi Laut China Selatan.

Penerbangan itu sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi pada hari yang sama.

Usaha mencari masih diteruskan tanpa sebarang bukti kukuh ditemui setakat ini, terdiri daripada pelbagai negara bagi menjejaki pesawat itu di selatan Lautan Hindi, tempat pesawat itu dipercayai 'berakhir'.

Related

MH370 1943133348048608232

Post a Comment

emo-but-icon
:noprob:
:smile:
:shy:
:trope:
:sneered:
:happy:
:escort:
:rapt:
:love:
:heart:
:angry:
:hate:
:sad:
:sigh:
:disappointed:
:cry:
:fear:
:surprise:
:unbelieve:
:shit:
:like:
:dislike:
:clap:
:cuff:
:fist:
:ok:
:file:
:link:
:place:
:contact:

Like and follow us

Hot in weekRecentComments

Hot in week

Recent

Comments

item