Kenaikan Harga Ikan 30% di Pulau Pinang

GEORGETOWN: Cuaca yang tidak menentu sejak lima hari lepas menyebabkan nelayan tidak turun ke laut dan bekalan ikan berkurangan sekaligus menaikkan harga ikan di Pulau Pinang.

Harga ikan naik antara RM5 hingga RM10 sekilogram mengikut jenis ikan serta kualitinya.

Ikan bawal dijual RM40 sekilogram berbanding RM30 sekilogram sebelum ini, ikan cencaru RM10 sekilogram berbanding RM6 sebelum ini dan ikan kerisi saiz sederhana RM12 sekilogram berbanding RM7 sekilogram.

Gambar sekadar hiasan
Menurut peniaga, ombak yang kuat dan laut bergelora menyebabkan bekalan ikan berkurangan dan peniaga terpaksa bergantung kepada bekalan daripada Thailand. Pembekal dari Thailand sengaja menaikkan harga ikan dan menyebabkan peniaga juga terpaksa untuk menaikkan harga ikan.

Beberapa pengguna yang ditemui berharap bekalan ikan dapat pulih dalam tempoh terdekat kerana mereka terkesan dengan harganya yang naik itu.

Nur Maznah Saad, 43, yang merupakan suri rumah berkata beliau menyedari harga ikan naik sejak Sabtu lepas semasa membuat persiapan untuk menyambut Aidiladha.

"Memang Sabtu lepas ada beberapa ikan telah naik harga, bagaimanapun ia tidak ketara seperti hari ini, terkejut juga bila pergi pasar tengok harga ikan dan udang naik banyak. Saya harap situasi ini tidak berpanjangan kerana ia beri kesan kepada pengguna," katanya. 

Related

BERITA SEMASA 4056802353651022397

Post a Comment

emo-but-icon
:noprob:
:smile:
:shy:
:trope:
:sneered:
:happy:
:escort:
:rapt:
:love:
:heart:
:angry:
:hate:
:sad:
:sigh:
:disappointed:
:cry:
:fear:
:surprise:
:unbelieve:
:shit:
:like:
:dislike:
:clap:
:cuff:
:fist:
:ok:
:file:
:link:
:place:
:contact:

Like and follow us

Hot in weekRecentComments

Hot in week

Recent

Comments

item