Izreen Azminda Perjelas Bekas Suami Ke Mahkamah

PETALING JAYA: Pelakon Izreen Azminda menjelaskan berkenaan isu bekas suaminya, Muhammad Riza Baharuddin yang dilihat berada di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 30 September lalu adalah bagi menghadiri kes tuntutan hak penjagaan anak mereka iaitu Muhammad Umar Adrian yang berusia setahun tiga bulan.

Izreen, 29, turut hadir bagi menyelesaikan kes berkenaan serta tuntutan nafkah edah sebanyak RM500 setiap bulan dan anak iaitu RM800 (sebulan).

izreen azminda

"Saya tidak tahu jika dia ke mahkamah tersebut pada tarikh lain, tetapi jika ada wartawan melihatnya pada 30 September lalu, memang dia ada di sana bagi kes tuntutan anak. Saya juga berada di situ.

"Dan Alhamdulillah, mahkamah memutuskan hak penjagaan anak diberikan sepenuhnya kepada saya," katanya.

Akhbar mingguan Ahad lalu melaporkan beberapa wartawan melihat Riza, 31, seperti mengambil borang di kaunter mahkamah syariah tersebut.

Sementara itu, Izreen berkata, walaupun tidak menghalang Riza untuk berjumpa dengan Umar, dia sedikit tegas mengenai hal tersebut di mana Umar tidak dibenarkan bermalam dengan bekas suaminya itu.

"Buat masa ini, jika dia ingin berjumpa dengan Umar, ia perlu dibawah pengawasan saya sendiri atau dengan wakil saya yang boleh dipercayai.

"Bukannya apa, Riza pun sibuk dengan pelbagai kerja-kerja penggambaran, takut jika dia tiada masa untuk menjaga Umar. Mungkin selepas beberapa tahun kemudian saya akan membenarkan dia bermalam dengan Umar," ujarnya.

Izreen dan Riza telah bercerai pada 9 Jun 2014 selepas mendirikan rumah tangga kira-kira hampir dua tahun.

Pasangan itu telah berkahwin pada 31 Ogos 2012 di Alor Setar, Kedah.

Related

HIBURAN 6990056727347577195

Post a Comment

emo-but-icon

Like and follow us

Hot in week

Recent

Comments

item