Akta Hasutan 1948 jaga sensitiviti masyarakat pelbagai kaum

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan Malaysia memerlukan Akta Hasutan 1948 bagi menjaga sensitiviti masyarakat pelbagai kaum.

"Memang benar, akta ini diperkenalkan oleh British semasa zaman penjajahan namun, secara amnya mereka mempunyai fikiran serta pandangan yang jauh.

"Ini kerana rakyat di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang perlu dijaga tahap sensitiviti agama, bahasa dan kebudayaan masing-masing," katanya.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan

Menurutnya juga, pihak asing tidak harus campur tangan dan bersikap mendesak dalam perkara itu kerana ia menggugat kesejahteraan dan keharmonian rakyat.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan PV-ATM cawangan Negeri Sembilan membuat resolusi menggesa kerajaan supaya tidak tunduk kepada desakan pihak-pihak yang meminta akta itu dimansuhkan.

Dalam pada itu, Mohamad juga meminta bekas tentera di seluruh negara supaya mendaftar sebagai anggota PV-ATM bagi membolehkan mendapat bantuan buat diri mereka dan keluarga.

Selain itu, beliau berharap Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dapat memberikan latihan sewajarnya kepada tentera dalam penyediaan ke dunia persaraan ketika meng hadiri majlis penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) dan perasmian persidangan perwakilan ke-61 Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PV-ATM) cawangan Negeri Sembilan, semalam.

Beliau turut menyampaikan PJM kepada 70 veteran PV-ATM Negeri Sembilan pada majlis berkenaan.


Related

BERITA SEMASA 5975781089234843048

Post a Comment

emo-but-icon

Like and follow us

Hot in week

Recent

Comments

item