Stacy Bengang!

http://beritaharianlive.blogspot.com/2014/09/stacy-bengang.html
Stacy bengang ekoran kritikan dan sindiran daripada Datuk Ramli MS sebagai pengkritik tetap konsert #AF2014 pada konsert minggu ke-3. Hal ini berikutan Datuk Ramli MS menggelarkan Stacy sebagai juri pekak, malam Ahad lalu kerana markah yang lebih diberikan kepada nyanyian peserta AF, Ziha-Hatimu Milikku.
Tidak dinafikan persembahan Ziha kurang memuaskan pada malam berkenaan namun juri tambahan, Hafiz dan Stacy (Juri Juara AF) telah memberikan markah yang tinggi. Stacy memberikan markah melebihi 60 peratus bercanggah dengan pendapat dan penilaian yang dibuat Datuk Ramli MS kerana beranggapan Ziha tidak layak untuk markah sebanyak itu.
Stacy telah memuatnaik status di laman sosial twitternya yang seolah-olah seperti terasa hati dengan sindiran pemuzik tersohor itu.