SENIMAN: Zed Zaidi kekal Presiden

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi, 34 hari ini dilantik semula sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) di Mesyuarat Agung ke-14 Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) di Filem Nasional (FINAS) pagi tadi.

Zed Zaidi  mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden SENIMAN dengan 109 undi selepas mengalahkan dua calon lain, Afdlin Shauki dan Datuk Mustapha Maarof yang masing-masing mendapat 66 dan 77 undi.

Pemilihannya jawatankuasa baharu itu berlaku selepas pembubaran Jawatankuasa Sementara SENIMAN dimana Haron Salim Bachik bertindak sebagai presiden. Seramai 252 ahli SENIMAN layak mengundi pagi tadi dan pemilihan jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Datuk Yusof Haslam yang dibantu oleh Zahrin Ishak dan Jurey Latif.

Turut menyertai barisan kepimpinan tertinggi SENIMAN ialah Zulikifli Mohamad atau Zack Cool (Timbalan Presiden), Zahrin Ishak (Setiausaha), Rena Tan (Naib Setiausaha) dan Vanidah Imran (Bendahari).

zed zaidi

Bagi barisan ahli jawatankuasa pula  terdiri daripada Jamaluddin Mat, Khir Rahman, Lisa Surihani, Arash Mohd, Sharifah Amani ,Sofia Jane, Dira Abu Zahar dan Rashidi Ishak.

Pelakon Vanidah Imran dalam reaksinya dilantik sebagai Bendahari SENIMAN berkata beliau akan membantu Zed Zaidi untuk memartabatkan SENIMAN meskipun sebelum ini ada yang berpendapat mereka tidak sehaluan.

"Zed mempunyai ahli-ahli jawatankuasa yang lain untuk membantu dia supaya dapat kita dapat bekerjasama untuk membuat sesuatu yang baik untuk industri" kata beliau.

Pada 21 November tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengistiharkan Mesyuarat Agung ke-14 dan Pemilihan Jawatankuasa Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) pada 26 Mei 2012 adalah tidak sah.

Susulan itu Pesuruhanjaya Kehakiman Rosilah Yop memerintahkan mesyuarat agung dan pemilihan jawatankuasa SENIMAN diadakan semula yang dikendalikan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Related

HIBURAN 7161940679612810971

Post a Comment

emo-but-icon
:noprob:
:smile:
:shy:
:trope:
:sneered:
:happy:
:escort:
:rapt:
:love:
:heart:
:angry:
:hate:
:sad:
:sigh:
:disappointed:
:cry:
:fear:
:surprise:
:unbelieve:
:shit:
:like:
:dislike:
:clap:
:cuff:
:fist:
:ok:
:file:
:link:
:place:
:contact:

Like and follow us

Hot in weekRecentComments

Hot in week

Recent

Comments

item