Rugi RM3.1j, 18 ATM digodam

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Polis hari ini mengesahkan telah menerima 18 laporan berhubung wang dalam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) lesap akibat digodam melibatkan empat buah negeri dengan jumlah keseluruhan kerugian berjumlah RM3.1 juta.

Kerugian berjumlah RM92,900 yang hanya disedari pagi semalam dilaporkan yang melibatkan sebuah bank luar negara di Jalan Imbi di sini.

Rugi RM3.1j, 18 ATM digodam
Pasukan forensik polis mengumpulkan maklumat dan sebarang petanda di salah sebuah mesin ATM yang digodam dalam usaha memburu penjenayah yang terlibat. Sumber - UTUSAN

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 8.30 pagi 28 September lalu serta memaparkan seorang lelaki dipercayai warga asing yang keluar masuk premis terbabit dengan pakaian berlainan mengeluarkan wang dari mesin itu sebanyak empat kali.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Hamza Taib berkata, susulan kejadian itu, pihaknya telah mengadakan mesyuarat khas bersama beberapa pasukan khas seperti pasukan antipemalsuan, persatuan bank serta wakil-wakil bank.

"Dalam mesyuarat tersebut, kita telah berkongsi maklumat bagaimana hendak mengatasi serta memperkukuhkan sistem ATM ini.

"Malah, kita telah wujudkan satu platform yang mana semua maklumat terkini kita kongsikan bersama supaya mengelakkan perkara ini terus berlaku," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan, Affin Bank Berhad serta Affin Islamic Bank Berhad (Affin Bank) dan tiga lagi bank mengalami kerugian yang dianggarkan hampir RM3 juta setelah satu sindiket yang didalangi warga Amerika Latin menggodam ATM mereka di beberapa buah negeri.

Hamza berkata, polis juga telah mengedarkan gambar-gambar suspek kepada pihak Imigresen di seluruh pintu masuk negara sama ada menerusi darat atau pun laut.

"Di samping itu juga, kita memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu terlibat agar tampil membantu polis menjalankan siasatan," ujarnya.

Related

BERITA SEMASA 6988977439277055570

Post a Comment

emo-but-icon

Like and follow us

Hot in week

Recent

Comments

item