Rakyat Malaysia dinasihati tidak keluar rumah kerana tunjuk perasaan di Tamil Nadu

http://beritaharianlive.blogspot.com/2014/09/rakyat-malaysia-dinasihati-tidak-keluar.html
CHENNAI: Rakyat Malaysia yang kini berada di negeri selatan India, Tamil Nadu dinasihatkan agar tidak keluar dari kediaman mereka selepas berlaku kekecohan dan tunjuk perasaan sejurus Mahkamah Khas negara itu mendapati Ketua Menteri Tamil Nadu, Jayalalithaa Jayaram bersalah mengumpulkan harta di luar kemampuannya.
Jayalalithaa dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan dihalang dari turut serta dalam politik selama 10 tahun.
Konsul Besar Malaysia di Cheenai, Chitra Devi Ramiah ketika dihubungi Bernama berkata rakyat Malaysia telah diberikan amaran terutatamanya golongan pelajar.
“Hingga kini dilaporkan, rakyat Malaysia termasuk pelancong berada dalam keadaan selamat dan tiada isu keselamatan dilaporkan kepada Konsul Besar,” katanya.
Dianggar sebanyak 5,000 pelajar Malaysia kini belajar di negeri-negeri di selatan India.
Jayalalithaa didakwa pada 1997 kerana memiliki kekayaan dengan cara haram di mana pihak polis turut merampas lebih 28 kilogram emas dan 10,000 pasang kain sari.
Jayalalithaa Jayaram juga menerima jolokan 'Imelda Marcos' kerana memilik lebih 750 pasang sepatu.
Aset tertuduh juga merangkumi dua hartanah dengan keluasan melebihi 1,000 ekar persegi, kekayaan yang jauh dari sumber pendapatannya sebagai Ketua Menteri ketika tempoh dia memerintah dari tahun 1991 hingga 1996.